17 June 2013

Kenali vitamin anda


Salam..

Saya percaya ramai di antara kita ada mengambil vitamin@supplement sebagai makanan tambahan...Tidak kiralah apa juga alasan dan sebab mengapa kita mengambil vitamin, kita perlu tahu apa yang kita makan...Di sini saya senaraikan beberapa panduan untuk kawan-kawan mengenali vitamin anda..dan panduan memilih vitamin..

Berikut adalah panduan ringkas dari tulisan Dr. Bruce Miller..Bolehlah di jadikan panduan jika kawan-kawan ingin membeli supplement di farmasi..

1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

 
2. B complex:
-perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

 
3. Vitamin C
- minima 500mg
-bersifat pelepasan masa-sustained release
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

 
4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol)ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

 
5. Kalsium
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.


Jadikanlah makanan sebagai ubat dan bukan ubat sebagai makanan...sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati..Renung-renungkanlah dan selamat beramal...!!

"Sharing is Caring"



kredit to buhakimhaikal.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...