Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

2 July 2013

Wanita & Breast Cancer

Salam...

Kaum wanita zaman sekarang ni sentiasa terdedah dengan bermacam-macam penyakit..memang merisaukan...Kanser Payu Dara adalah pembunuh utama kaum wanita..di kesempatan yang ada ni saya ingin kongsikan sedikit info yang saya dapat dari Portal MyHealth...diharap dapat dikogsikan bersama anda yang membaca..

Apa itu Kanser Payudara?
Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Jenis-jenis kanser payudara
  • Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  • Kanser saluranan 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluranan susu payudara.
  • Kanser lobular (Lobular carcinoma in sit) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  • Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  • Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

28 June 2013

5 Makanan Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol

Salam..

1. Oat, dan makanan tinggi serat



Oat mengandungi serat larut yang mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah anda (LDL), "buruk" kolesterol. Serat larut juga ditemui dalam makanan seperti kacang buah pinggang, epal, pear, barli dan prun.

Serat larut boleh mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda. Lima hingga 10 gram atau lebih serat larut setiap hari mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Makan 1 1/2 cawan oatmeal dimasak menyediakan 6 gram serat. Jika anda menambah buah-buahan, seperti pisang, anda akan menambah kira-kira 4 lebih gram serat. Untuk mencampurkan ia sehingga sedikit, cuba keluli cut oat atau bijirin sejuk dibuat dengan oat atau bran oat.

17 June 2013

Kenali vitamin anda


Salam..

Saya percaya ramai di antara kita ada mengambil vitamin@supplement sebagai makanan tambahan...Tidak kiralah apa juga alasan dan sebab mengapa kita mengambil vitamin, kita perlu tahu apa yang kita makan...Di sini saya senaraikan beberapa panduan untuk kawan-kawan mengenali vitamin anda..dan panduan memilih vitamin..

Berikut adalah panduan ringkas dari tulisan Dr. Bruce Miller..Bolehlah di jadikan panduan jika kawan-kawan ingin membeli supplement di farmasi..

Warna kuku petanda masalah kesihatan



Salam..

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung. Dr Philip Fleckman, dermatologi dari Universiti Washington menggunakan kuku pesakitnya untuk melihat tahap kesihatannya. Caranya adalah dengan memerhatikan warna kuku.



11 June 2013

Mengapa Vitamin Yang Dimakan Tidak memberi Kesan?

Salam...
Info yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama..bagi pengamal supplement boleh baca info ni ye..



Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah (amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan) even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

31 May 2013

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

Salam..

Adakah kita tergolong dalam kategori memerlukan supplemen atau vitamin ?


20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin
  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.

29 May 2013

Wajib minum air masak banyak kalau kita ambil supplement..kenapa?


Salam..

Air adalah indicator penting bagi kita yang makan supplement (tak kira jenama apa pun)..kenapa ye? Sekurang-kurangnye 3L sehari..banyak tu..Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil supplement untuk tambah susu..wajib minum air banyak..


Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:

  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3L air sehari. Saya sendiri minum 2L air kosong hanya sebelum waktu tengah hari. Jadi bolehlah bayangkan berapa banyak air saya minum sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak mengambil sebarang supplement, dinasihatkan agar tidak meminum air dengan kadar sedemikian, kerana ia boleh mencairkan nutrient dalam tubuh. Dalam beberapa keadaan, air yang berlebihan boleh mengurangkan susu badan. 
 
 
 
 

18 May 2013

Mengapa Vitamin Adalah PENTING?

Salam..

Ramai diantara kita semakin mementingkan pengambilan makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan kehidupan seharian..Tahukah anda mengapa dikatakan vitamin PENTING?


  • Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur.
  • Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.
  • Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan.
  • Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda.
  • Anda mungkin terlalu kerap makan di luar.
  • Gaya hidup anda tidak aktif.
  • Pekerjaan anda banyak "STRESS".
  • Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan penyakit lain.
  • Anda terdedah dengan pencemaran (cuaca,udara,air,etc)
SIAPAKAH YANG SANGAT PERLUKAN VITAMIN
  • Penghidap penyakit yang tenat.
  • Orang yang memelihara diet seharian.
  • Orang yang terlalu banyak alahan "alergi" terhadap makanan harian.
  • Kanak-kanak yang membesar.
  • Remaja yang meningkat usia / Pelajar sekolah.
  • Ibu menyusu dan ibu hamil.
  • Orang tua yang lanjut usia.
  • Ahli sukan.
  • Mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang "STRESS".
  • Selepas pembedahan.
  • Pekerja shift yang tidak menentu masa.
  • Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan.
Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-7947091 (sms/whatsapp) atau email arianaaly@yahoo.com.my 
credit to ibuhakimhaikal.com

SHAKLEE VITAMIN SEMULAJADI

 

5 Perbezaan Vitamin Sintetik Vs Vitamin Semulajadi

Salam..
Ramai yang bertanya pada saya samada Shaklee selamat diambil dan tanpa kesan sampingan..jawapan saya sangat mudah..Ya Shaklee adalah Vitamin Semulajadi dan ia selamat diambil dan tiada kesan sampingan..mengapa saya katakan begitu..mari kita baca 5 Perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi..


Penghasilan
Vitamin Semulajadi :  dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin Sintetik : dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan
Vitamin Semulajadi : dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin Sintetik : walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin Semulajadi : tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin Sintetik : biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan
Vitamin Semulajadi : mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin Sintetik : oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka masa panjang
Vitamin Semulajadi : tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin Sintetik : mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.


Pilihan ditangan anda..jika saya sudah tentulah pilih yang semulajadi dan Shaklee adalah pilihan yang tepat..Anda pula bagaimana..Tepu dada tanyalah selera.. ;)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-7947091 (sms/ whatsapp) atau email arianaaly@yahoo.com.my

credit to ibuhakimhaikal.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...