9 June 2013

Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul

Salam..

Saya nak kongsian Info penyusuan yang saya perolehi dari blog ibuhakimhaikal.com kredit  ibuhakimhaikal.com



Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul


1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
  • Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk
2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
  • Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi
3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
  • Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola
  • Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi
4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
  • Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya
5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
  • Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum, pekat dan sedikit. 
  • Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara mengambil masa 5 hingga 10 minit.
6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
  • Bayi menelan susu
7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
  • Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara bayi menyusu tidak betul
8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu
  • Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan lidahnya. 
  • Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.
Happy Breastfeeding !!
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
~ Sharing Is Caring ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...