Salam ibu-ibu...saya ingin berkongsi info yang saya ambil dari Ratuhati.com. Info yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak...
Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
Protein
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :
- Daging, Ayam
- Makanan laut *
- Telur
- Keju, susu dan yogurt
- Tauhu
- Kekacang
Kalsium
Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :
- Susu, yogurt dan keju
- Jus oren diperkaya kalsium
- Tauhu
- Ikan sardin
- Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli
Zat Besi
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :
- Daging, Ayam
- Makanan laut *
- Kekacang
- Buah-buahan kering
- Kuning telur
Vitamin C
Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :
- Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
- Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
- Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato
Vitamin dan Mineral
Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti
Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda
perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar
kepada multivitamin yang biasa.
Cecair
- Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
- Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
- Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
- Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.
Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Tip Lain
- Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
- Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.
* Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak makan ikan jerung, todak, king mackerel kerana kandungan merkurinya yang tinggi.
Sumber :
UCSF Nutrition Counseling Center
What Shoud A Breastfeeding Mother Eat, Ameda
Jika ibu-ibu yang menyusukan
anak sudah lengkap mengambil makanan seperti di atas tidak perlulah lagi
untuk menambah dengan pemakanan supplement @ vitamin..tetapi jika
sebaliknya terpulanglah pada diri anda sendiri..jika saya memang
mengakui agak sukar untuk mendapat hidangan lengkap setiap hari tetapi
saya cuba juga untuk menyediakan hidangan selengkap yang boleh..sebab
itulah saya memilih untuk tambah vitamin bagi menampung keperluan segala
zat dalam pemakanan seharian saya...Bagaimana pula dengan anda...Tepuk
dada tanyalah IMAN...
~Berkongsi Untuk Kebaikan~
No comments:
Post a Comment