Saya nak kongsian Info penyusuan yang saya perolehi dari blog ibuhakimhaikal.com kredit ibuhakimhaikal.com
Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul
1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
- Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk
- Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi
- Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola
- Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi
- Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya
- Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum, pekat dan sedikit.
- Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara mengambil masa 5 hingga 10 minit.
- Bayi menelan susu
- Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara bayi menyusu tidak betul
- Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan lidahnya.
- Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.
Happy Breastfeeding !!
* These statements have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
~ Sharing Is Caring ~
No comments:
Post a Comment