13 February 2014

RISIKO "HB RENDAH" WAKTU MENGANDUNG

" HB Rendah " masa mengandung..

Setiap kali pergi cek kandungan kat klinik..mesti kena cucuk jarum kat jari tengah kan?..keputusan dapat masa tu jugak..tgk2..HB rendah lg,,

Mulalah makan hati ayam,sayur bayam, ikan bilis, keranglah..tapi bacaan "HB" tak naik-naik jugak.

"HB" rendah masa mengandung jangan pandang ringan yer..risiko pada ibu dan bayi yang dikandung..

Kesan kepada ibu
***************
~Pucat
~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
~Sentiasa rasa pening
~Rasa nak pitam bila bangun
~Kebas kaki dan tangan
~Degupan jantung cepat

Kesan kepada bayi dalam kandungan
******************************
~Keguguran
~Masa untuk melahirkan lebih lama
~Perdarahan selepas melahirkan
~Kelahiran pra-matang
~Bayi lahir dengan berat rendah
~Risiko kecacatan bayi

KEPENTINGAN HB KETIKA MENGANDUNG:
 
KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan..jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan. 

Sebab-sebab tu lah.. kalau bacaan "HB" rendah, mesti kena taklimat ngan staf nurse....Apa-apa pun kita usaha yang terbaik..INSYAALLAH

CARA TERBAIK UNTUK  MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH

TIPS 1 :-
~Makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak ikut kesukaan

TIPS 2 :-
~Makan makanan laut, seperti kerang, ikan bilis..boleh juga, tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan HB

TIPS 3 :-
~Makan pil/vitamin tambah darah (yg diperolehi dari klinik) mengikut jadual yang diberi..perlu makan setiap hari..kerana HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

TIPS 4 :-
~Jangan makan pil tambah darah dengan air susu (spt..teh susu, kopi susu dll)..kerana ia akan mengganggu penyerapan vitamin tersebut..nanti, beriya iya kita makan vitamin tu...rupanya tak diserap dengan baik..HB pun tak naik



Shaklee jugak ada sesuatu untuk anda yang mengalami masalah HB rendah ini... Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum.


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Order dan Pertanyaan
~ Zarina Mohamed Yusof
~ ID 867218
~ whatsapp / sms 012-7947091
~ http://zarinaali-vitashop.blogspot.com/
https://www.facebook.com/ZarinaaliVitashop

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...