Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga
dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak faktor yang mesti diambil
perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda
bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak
memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah... Namun
hakikatnya tidak.. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang
tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana
cara untuk menambah susu badan.
Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat
pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk
booster. Antaranya ialah:
Lobak
putih- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau
barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
Kurma
- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya
adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan
potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera
yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu
Pucuk
betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
Habbatus
sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.
Moringa/murunggai/pokok
kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.
Jantung
pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
Daun
cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
Kacang
soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air
kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.
Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu
haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Pemakanan
seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang
disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu
haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi
Susu
saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran
positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi
untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi
pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan
bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa
lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu
ibu.
Kekerapan
mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND
VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak
mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi
anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara
bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu
ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali
terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin,
selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan
anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas
solat.
Point-point
di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu
yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan,
saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung
kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan
tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung
dengan lancar.
kredit to yourfabulousmama.com
Cadangan
suplemen untuk Ibu MenyusuSet Menyusu : Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Untuk info lanjut, anda bolehlah hubungi/sms/whatsapp saya di 012-7947091. Setiap pembelian daripada zarinaali-vitashop.blogspot.com akan disertakan exclusive tips bagi ibu-ibu yang menyusu bayi...
No comments:
Post a Comment